Soalan-Soalan Lazim
Pertanyaan Umum
Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tentang promosi semasa anda?
Untuk maklumat terkini mengenai promosi, sila layari laman web kami di www.nuskin.com.my atau layari laman Facebook kami.
Apakah yang akan berlaku jika saya tidak membatalkan Pesanan ARO Sedia Ada saya bulan ini?
Dalam kes Pesanan Sedia Ada, item yang dipilih terlebih dahulu akan dihantar secara automatik kepada anda pada setiap bulan jika anda tidak membuat pesanan dari hari pertama hingga hari ke-25 bulan tersebut.
Bagaimanakah saya boleh menamatkan kontrak Program Pesanan Semula Automatik (ARO) saya?
Untuk menamatkan kontrak ARO anda, anda boleh sama ada menyerahkan borang pembatalan kepada staff di Pusat Pengalaman kami atau menghantarnya melalui e-mel ke myaro_inq@nuskin.com.
Dari manakah saya boleh mendapatkan dan memuat turun borang-borang pentadbiran Nu Skin seperti Surat Niat (LOI), Borang Pembatalan Program Pesanan Semula Automatik (ARO) dan Borang Pra-Pemulangan?
Anda boleh mengakses dan memuat turun borang-borang tersebut di sini pada laman web rasmi kami.
Adakah Nu Skin mengenakan sebarang yuran keahlian?
Tidak, pendaftaran keahlian adalah percuma.
Di manakah saya boleh melihat dan mengemas kini maklumat perhubungan saya?
Hanya log masuk ke akaun web dalam talian anda dan navigasi ke bahagian "Profil". Di sana, anda boleh melihat dan mengemas kini butiran seperti alamat e-mel, nombor telefon, alamat rumah dan pilihan komunikasi anda.